Tuesday, May 20, 2008

Kenapa Bangsa Melayu penuh Hasad Dengki?

Hari ini kita melihat politik Umno semakin tidak stabil,gara-gara Bangsa Melayu yang semakin gilakan harta dan kuasa.Orang yang banyak berjasa dinafikan hak untuk bersuara dan dibiarkan berkata-kata tanpa makna.Kenapakah Bangsa kita semakin jauh menyimpang dari maksud asal untuk membela bangsa Melayu?Kenapa mereka ini tidak takut akan azab yang Allah berikan kepada yang berani membuat fitnah,mengadudomba dan berpura-pura?Kita perlu melihat sejarah pemerintahan yang mana jika tidak amanah dan hanya pentingkan diri, pasti negara akan menjadi huru-hara.Sekiranya punca tidak ada perasaan hasad dengki pada pemimpin kita hari ini, pasti Tun tidak akan menunjukkan perasaan kecewanya kepada Pentadbiran kita pada hari ini, dimana suara mengampu lebih banyak yang berkata dari suara yang mempertahankan tindakan Tun.Kenapakah hasad dengki yang perlu ada dihati bangsa kita?Amat lah,menyedihkan bila Tun dihina dan dicaci sedemikian rupa, ingatlah rakyat hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku pemimpin yang ada sekarang ini dan juga penyokong-penyokong yang juga berpura-pura untuk menjaga status.Hanya PKR dan PAS sahaja yang sanggup memberi pujian dan penawaran kepada Tun. Setiap perbuatan didunia akan dibalas secara tunai juga semasa hidup.Fikir-fikirkanlah wahai Bangsa Melayu yang alpa dan bongkak.